Maruah merupakan salah satu sifat yang dikehendaki oleh semua agama. Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah oarang lain. Menjaga maruah bermaksud menjaga kehormatan diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik seseorang.kenali erti maruah dengan mudah.Maruah haruslah dijaga,dan harus diingat jika sekali tercalar ia akan meninggalkn kesan yang lama dalam kehidupan anda,Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.
KEPENTINGAN MENJAGA MARUAH DIRI
Setiap umat islam wajib menjaga maruah diri dan maruah keluarga dan agama dari perbuatan yang mencemarkan nama baik keluarga,agama dan kehormatan diri.Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan.Sebagai seorang insan,kita wajiblah menjaga maruah diri kita.Dengan ini islam menyuruh kita sentiasa menjaga kehormatan diri agar diri orang islam dipandang mulia oleh semua masyarakat.Kepentingan menjaga maruah dan diri adalah untuk menjaga kemuliaan diri,keluarga,masyarakat dan negara.
CARA MENJAGA MARUAH DIRI
Islam telah menggariskan panduan untuk menjaga imej dan maruah terutama dalam cara berpakaian,percakapan,dan pergaulan.Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
=CARA BERPAKAIAN
- pakaian menutup aurat
- tidak ketat dan tidak jarang
- pakaian bersih dan kemas
- tidak memakai pakaian yang berlambang yang diharamkan seperti lambang black metal,ajaran sesat,agama lain,dll
=CARA PERGAULAN
- Pergaulan memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara islam (dalam batasan syarak).
- menjaga tatasusila dan hukum syarak dalam pergaulan.
- hormat menghormati,berkasih sayang dan beramah mesra sesama manusia.
- bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
- menjaga rahsia dan keaiban orang lain.
- menepati janji.
- menjaga hati sahabat dalam perkara kebaikan,
- mementingkan sahabat melebihi diri sendiri.
AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH
- Hidup seseorang tidak akan diberkati oleh Allah.
- jauh daripada petunjuk Allah
- mendapat dosa kerana melanggar melanggar syariat Allah
- terpinggir kerana dipulau rakan dan masyarakat sekeliling
- mendorong berlakunya kes jenayah seperti kes rogol dan sumbang mahram
- lahir masyarakat yang kucar-kacir dan negara menjadi tidak tenteram
- menyukarkan pembinaan tamadun
- masyarakat memandang rendah dan menghina orang yang tidak bermoral
HIKMAH MENJAGA DIRI DAN MARUAH
- Kehidupan di berkati Allah
- Mendapat pahala
- Akan disayangi, disukai dan disanjungi oleh rakan dan masyarakat
- Boleh membendung kejadian jenayah
- melahirkan masyarakat sejahtera,bersatu padu, dan negara yang sejahtera
RUMUSAN
Kesimpulan yang dapat di buat berdasarkan penulisan kami ialah maruah amat penting dalam hidup seseorang. Maruah juga membolehkan seseorang itu menjaga aurat dengan baik. kita juga dapat mengelakkan sebarang fitnah yang mungkin boleh berlaku sekiranya kita tersilap langkah.
Kesimpulan yang dapat di buat berdasarkan penulisan kami ialah maruah amat penting dalam hidup seseorang. Maruah juga membolehkan seseorang itu menjaga aurat dengan baik. kita juga dapat mengelakkan sebarang fitnah yang mungkin boleh berlaku sekiranya kita tersilap langkah.
RUJUKAN :
- https://www.youtube.com/watch?v=hIMlQ8I_fc0
- https://www.google.com/searchq=maruah&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjb_Jvv_MTZAhVBErwKHcphAEAQ_AUICigB&biw=1366&bih=613#imgrc=_
- https://www.google.com/search?biw=1366&bih=613&tbm=isch&sa=1&ei=obiUWrOMD8GZ8wXHs5zoCA&q=artikel+tentang+maruah&oq=artikel+tentang+maruah&gs_l=psy-ab.3...100785.111803.0.112809.29.22.0.3.3.0.1127.3023.2-4j1j0j1j0j1.8.0....0...1c.1.64.psy-ab..18.8.2675.0..0.261.G9cLzRBJrG4#imgrc=_